Monday, November 9, 2009

Santai2 Malaysia di Ulu Yam

Semalam hari Ahad kan tak kerja (mcmlah hari ni saya kerja ;-P), jadi saya & ahli keluarga Pak Hussein cawangan Malaysia Tengah & Utara telah mengadakan piknik & barbeque di Sungai Kanching Sungai Tua, Ulu Yam, Selangor.

Kami dgn beraninya (sebab kan sekarang tengah isu orang lemas disebabkan 'kepala air') telah mandi-manda dengan gembiranya bersama-sama. Namun aspek keselamatan tetap diambilkira dengan pemilihan lokasi Sungai Tua, sebab jalan ke Sungai Kanching ada masalah runtuhan tanah. Kami juga mandi di bahagian yang jauh dari air terjun (tak tahulah relevan ke tidak dari segi keselamatan).

Anyway, memang seronok berehat di bawah rimbunan kanopi pokok, bermandikan aliran air sungai jernih nan sejuk. Makan pula lamb chop, ayam, sotong & keli bakar. Sedap sehingga menjilat grill.




Antara babak & aksi menarik yang sempat kami rakam.

Pesanan khidmat masyarakat : sila bawa khemah sendiri bagi proses penyalinan baju yang lebih selesa kerana keadaan prasana yang kurang menyelerakan. Sebelum ni kami tukar baju dalam kereta. We're better prepared this time around.

Friday, November 6, 2009

Fesyen rambut LEGO!

Ini fesyen rambut terbaru Icha. Mana tahu besar nanti boleh jadi hairstylist yang tersohor.
Let our kids have their wildest imagination.
They are much more creative than us.
They know better how to have fun!

Thursday, November 5, 2009

My S.A.B.U.N. dot com

Tadi ada posmen datang hantar bungkusan. Saya ingatkan hadiah peraduan breastfeeding dari cik niza. Rupa2nya bukan. It's a suprise gift!



Inilah yang saya dapat......



Menarikkan. ;-) . Sebenarnya saya pun tak pasti kenapa si empunya syarikat sabun ni hantar kat saya. Namun dah orang memberi, kita kenalah membalasnya melalui entry iye tak. >_<

Review :
Packaging memang menarik. Warna sabun pun chantek & menyelerakan, rasa macam nak makan jer. Macam agar2 yummy... yummy..... Menurut si tukang sabun, sabun dibuat berasaskan tumbuhan & mengandungi witamin E semulajadi yang baik & sesuai untuk mencuci tangan. Baunya pun harum secukup rasa.



Ini laman sesawang (website) syarikat ni : http://www.mysabun.com/

Selain jual sabun dah siap, syarikat ni pun nampaknya ada jual D.I.Y. kit & acuan sabun. Menarik gak boleh buat hantaran atas dulang. Info selanjutnya boleh refer kat laman tu sendiri yer. Anyway thanks yea buat cik azma (owner).

Blog Widget by LinkWithin