Kami dgn beraninya (sebab kan sekarang tengah isu orang lemas disebabkan 'kepala air') telah mandi-manda dengan gembiranya bersama-sama. Namun aspek keselamatan tetap diambilkira dengan pemilihan lokasi Sungai Tua, sebab jalan ke Sungai Kanching ada masalah runtuhan tanah. Kami juga mandi di bahagian yang jauh dari air terjun (tak tahulah relevan ke tidak dari segi keselamatan).
Anyway, memang seronok berehat di bawah rimbunan kanopi pokok, bermandikan aliran air sungai jernih nan sejuk. Makan pula lamb chop, ayam, sotong & keli bakar. Sedap sehingga menjilat grill.
Antara babak & aksi menarik yang sempat kami rakam.
Pesanan khidmat masyarakat : sila bawa khemah sendiri bagi proses penyalinan baju yang lebih selesa kerana keadaan prasana yang kurang menyelerakan. Sebelum ni kami tukar baju dalam kereta. We're better prepared this time around.




2 comments:
ohww sungguh lame tak mandi manda berpicnic bagai..;)
p/s : aku sudah kuar entry tips2.. kekeke..tips bodoh2..hahaha...
maya, mmg best bersiram di sungai sekali sekala... yeah, tips dah kuar, harus skrg aku jenguk..... layan!
Post a Comment